Apa itu Forestay Melaka ?
Forestay Melaka ,Hutan rekreasi Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka di bawah pengurusan Hafa Global Enterprise adalah sebuah pusat latihan dan rekreasi yang tenang, menyegarkan dan datang dengan keunikkannya yang tersendiri.
Dibangunkan atas tanah berkeluasan 58 ekar didalam persekitaran hutan semula jadi dan merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong yang terkenal di negeri bersejarah ini. Berlandskapkan hutan kanopi semula jadi dengan hidupan flora fauna menjadikannya sebagai lokasi yang sesuai bagi menjalankan aktiviti latihan serta perkhemahan. hal ini demikian kerana, keadaan sekeliling yang begitu kondusif dan bersesuaian untuk menjalankan pelbagai bentuk aktiviti dan latihan.
Terbahagi kepada empat fasa, Forestay melaka semestinya memberikan kelainan. Fasa pertama,terdiri dari tapak perkhemahan yang dilengkapi dengan dewan terbuka dan tandas. mampu menampung sehingga 800 orang peserta dalam satu satu masa.
Fasa kedua, dilengkapi dengan 24 buah dangau yang mampu menampung 120 orang yang dibina dengan bentuk segitiga yang unik. beserta dewan dengan kapasiti 200 orang dan juga ampitheater untuk 30 orang pengunjung.
Fasa ketiga, terdiri daripada dormitori/ kontena dorm yang selesa bagi semua peringkat usia dari kanak kanak sekolah sehingga peringkat koprat. mampu memuatkan sehingga 200 orang peserta lengkap dengan almari, bilik mandi dan tandas.Surau terbuka bagi kaum muslim yang berkonsepkan su
rau terbuka selesa bagi aktiviti kerohanian turut dibina berhampiran. Dewan makan yang menggabungkan dewan kuliah dan ceramah dibawah satu bumbung turut dibina bagi tujuan memudahkan pergerakkan peserta dalam memastikan kelansungan sesuatu program.
Fasa keempat adalah kawasan aktiviti dan latihan yang meliputi keseluruhan kem. terdiri daripada 16 jenis aktiviti rempuh halangan, bangunan menara bagi naktiviti ascending/desending, abseiling, flying fox, high roping dan aktiviti tali yang menarik serta mencabar.
Forestay melaka mampu menampung pengunjung seramai 1200 peserta dan pengendali dalam satu -satu masa. Dengan kapasiti yang besar ini dapat menampung banyak permintaan dan membolehkan banyak aktiviti dijalankandalam satu masa.
Kemudahan kemudahan asas seperti tandas dan surau turut disediakan dan berada dalam keadaan yang baik memberi satu lagi titik tambah kepada pengalaman pengunjung yang datang ke Forestay Melaka.
Comments
Post a Comment